story of mirmo

be yourself! =)

Friday 13 September 2013

Hadis Nabi

1) Merebut peluang untuk Beramal :)

daripada Abdullah bin Abbas r.a, Nabi s.a.w bersabda:
"Rebutlah lima perkara sebelum lima perkara:
- Muda sebelum engkau tua
- Sihat sebelum engkau sakit
- Kaya sebelum engkau miskin
- Kelapangan sebelum engkau sibuk
- Hidup sebelum engkau mati "
(Riwayat al- Hakim)

Saturday 31 August 2013

merepek

hey hey. just nak merepek.
makin lama makin banyak laman sosial ni.
friendster la. then my space, then facebook.
then lg twitter, instagram, LINE, whatsapp, WeChat then Path.

ai ai ai.
nak cakap sebenarnya semua ni boleh kukuhkan persahabatan kita.
follow kengkawan. update kisah hidup dorang hari hari.
bagus tu bagus.

tapi yang tak bagus bila perasaan berbangkit.
hahahaha.

maksudnya kita pon follow ex kita.
sorang tu je. konfran tu.
ai ai ai.
segala benda asyik nak sama kami ni.
org suka nak angkut sony xperia. dia pun angkut jugak.
kebetulan je. tak pernah plan pun.
ingat dia pakai Samsung. haha.
okay fine, just #Kebetulan.
tapi dia angkut Xperia Z Ultra lg hensem dr saya. :/




#Xperia #Z #Ultra

Monday 15 July 2013

marah marah

tak reti nak layan kemarahan yang ada dalam diri ni hah. 

kadang kadang rasa malas dah nak melayan lelaki ni.

perangai pelik pelik. yg digelar kawan pun nak tacing lebih lebih.
sekali kau ada perasaan kat aq sekali pun.
tak de maknenya aq akan jaga hati kau kalau kau tacing dengan aq pun.
bagi aq orang macam ni tak matang.
benda remeh temeh pun nak simpan  dalam hati lama lama. 

pe benda la..
menyampah pulak. alahaiii. ni pun nak tacing ke??
dushhhhhhhhhhhhhh. 

serabuttttttttttttttttttttttttttt beteiii...
 =.=''

Tuesday 9 July 2013

Ahlan Wasahlan Ramadhan

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan.
Marhaban Ya Ramadhan.
Salam Ramadhan Al-Mubarak.



Ramadhan.. Ramadhan.. Ramadhan..
10 Julai 2013 bersamaan 1 Ramadhan 1434H..
ya! Ramadhan datang lagi tau !
bulan yang ditunggu2 dan dirindui umat Islam.. 
alhamdulillah. dapat berjumpa lagi bulan yang mulia ini..
sama2 kita kejar jannah Allah..
mencari redha Allah..
mencari pahala Allah..
mencari Lailatul Qadar..
bulan yang perfect! :)
jangan sia-siakan..mane tau lepas ni kita tak jumpa Ramadhan dah..
 apa itu puasa? faham betul betul tak kawan-kawan?
puasa tu bererti: menahan diri daripada sesuatu.

dan dari segi syarak pula ialah menahan diri daripada perkara-perkara yg membatalkan puasa dr terbit fajar hingga terbenam matahari, dimulakan dgn niat berpuasa, kerana mengharapkan keredhaan Allah S.W.T.

nak kongsi sikit apakah perkara2 yg sunat dilakukan ketika berpuasa?
- segerakan berbuka puasa 
- berbuka puasa dgn buah kurma atau juadah manis yg lain. (akok ke)hehe
- membaca doa sekurang-kurangnya: "Allahumma lakasomtu wabika a~mantu wa'ala rizqika aftartu'' yang bermaksud: "Ya Allah. Bagi Engkaulah amalan puasaku ini, kepada Engkau aku beriman dan dengan rezeki Engkaulah aku berbuka."
- melambatkan bersahur kerana ada padanya berkat.
- memperbanyakkan membaca al-Quran, berzikir, berselawat dan membuat amal kebajikan.
- sentiasa bersedekah kepada fakir miskin dan anak-anak yg kurang bernasib baik.
- menjauhkan percakapan yg sia-sia dan perbuatan yg tdk membawa manfaat.
- mandi junub lebih awal, sebelum masuknya waktu Subuh.

Ibadah-ibadah sunat yg utama dilakukan sepanjang Ramadhan:

1) Solat Tarawih dan witir.
- hukumnya sunat muakkad. Boleh dilakukan secara perseorangan @ berjemaah samaada d rumah ataupun di masjid @surau.
- waktu solat tarawih bermula pada malam 1 Ramadhan sehingga 30 Ramadhan, selepas fardhu Isyak sehinggalah sebelum terbit fajar.
- niat solat tarawih: "Usolli sunnatattarawihi rok'ataini lillahita'ala" tambah "makmuman lillahita'ala sekiranya menjadi makmum kepada imam yang bermaksud " sahaja aku solat sunat tarawih dua rakaat mengikut imam kerana Allah taala."

- solat sunat witir dilakukan sekurang-kurangnya 1 rakaat, sebaik-baiknya 3 rakaat 2 salam dan sebanyak-banyaknya 11 rakaat dengan 6 salam. 
- niat solat witir: "Usolli sunnatal witri rok'ataini \ rok'atan lillahita'ala''
yang bermaksud: "sahaja aku solat sunat witir dua rakaat / satu rakaat kerana Allah taala."

2- Tadarus Al-Quran.
semoga sama-sama dapat khatam al-Quran pada bulan Ramadhan yg mulia ni.
jangan malas-malas. inshaaAllah. 



p/s: tuju pada diri sendiri juga. sama-sama muhasabah diri. 
semoga diri ini boleh membimbing diri sendiri kearah lebih baik. istiqamah. kuat iman dan tabah. inshaAllah. Allah bless we all. :)



by the way, saya rindu sambut Ramadhan bersama-sama kengkawan. bukan apa jarang ada peluang macam ni, bukan selalu kita boleh bersama-sama kengkawan bukak puasa bagai sama-sama kan.
kita kan umat manusia yang tak lari dari kesibukan dunia. masa untuk itu ini semua.

first time berpuasa jauh dari family ialah masa duduk matrikulasi.hee.
teringat pula! beshnyaaaa! cari juadah bersama-sama.
bukak puasa kejap dekat bilik sendiri, kadang-kadang berbuka bilik jiran sebelah. bilik atas. bilik sana sini lah! gilir-gilir. hehe.
beli  then makan bersama-sama. 
tak habis ada tukang habiskan. hahahaha..syima ! pqah !
ouhhh sweetnya moments zaman itu!
sumpah RINDUUUUU sangat..
syima, bushrah, hanis, pqah, tasha, shila, farah, iffah, affifah, hidayah, anne, shuhada, lina, akma.
eh? ramai lagi lah! bukak puasa kat dewan bagai. hehe. seronokkkkk sangat.

second, zaman sekarang. zaman degree di UMK PC. 
first sem! first fasting together ! and last fasting together. sob sob.


sweet beteiii 2 orang ni dulu - dulu.

bukan budak kelas je. kelas lain pun ada dulu dulu


bulan puasa makan kek !
last day puasa kat sana. :)

okaylah. esok berpuasa dengan amni !
berdua bersatu d jeli tercinta. haha.
Selamat berpuasa semua !
jangan curi curi makan!
jangan ponteng okay!

jumpa Raya nanti. 
hik hik. 
Assalamualaikum. :)





Tuesday 5 February 2013

rindu

" Orang yang bercinta mesti banyak mengingati insan yang dicintainya . 
Apabila hati mengingat , 
mulut akan banyak menyebut .
Apabila lidah banyak menyebut, 
hati akan berasa rindu.
Apabila rindu, 
pasti terasa ingin bertemu. 
Ya , begitulah sifir cinta kepada Rasulullah ." :)